Friday, September 14, 2018

PENDAHULUAN


Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.



Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatah ”di telan mati emak di luah mati bapa”.

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar.

Isu-isu tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar dan televisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di negara kita antaranya ialah pencemaran air, udara, dan pencemaran udara. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

Thursday, September 13, 2018

PENCEMARAN AIR

       

              Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global . Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian , perikanan , perindustrian dan sebagainya . Namun , air semakin hari semakin tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak . Hal ini telah memberi kesan negatif kepada alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air . Masalah yang berlaku ini semakin menggugat kesihatan manusia , sumber-sumber ekonomi dan seterusnya kemandian bumi .
              Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari kandungan , keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan . Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi , kimia dan fizik . Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas , cecair dan pepejal . Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair . Oleh itu , pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia . Contohnya , pembuangan air kumbahan , sisa-sisa toksik , pembuangan sampah dan sebagainya .
              Punca utama kepada berlakunya pencemaran air ialah pembuangan bahan domestik . Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai . Bahan kumbahan pula disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya . Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air . Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik .




              Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum , memasak , membasuh dan lain-lain lagi . Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis , poridium , cirit-birit , cacing dan sebagainya . Sementara itu , tumpahan minyak berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut . Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Hidupan laut seperti ikan , ketam , udang , siput akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan toksik yang telah mengakibatkan pencemaran air . Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut . 

              Langkah-langkah untuk mengatasinya adalah dengan melakukan penyelenggaran sistem perparitan berkala . Penyelenggaran tersebut dilakukan untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat . Dengan cara ini , maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai . Di samping itu , media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui akhbar , televisyen dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan ini diharap dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar . 
               Konklusinya , sebagai makhluk Tuhan yang dikurniakan akal fikiran , kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar berlaku . 
               

Wednesday, September 12, 2018

PENCEMARAN UDARA


        
Pencemaran udara adalah sejenis pencemaran alam sekitar. Ia juga merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemaran dalam udara. Keadaan ini boleh menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila dibebaskan ke atmosfera



Bahan pencemar udara berasal daripada pelbagai punca. Punca bahan pencemar habuk dan debu iaitu daripada tapak pembinaan dan kuari batu kapur. Selain itu, alat pendingin udara, peti sejuk, semburan aerosol dan kilang elektronik yang mengeluarkan bahan pencemar udara iaitu klorofluorokarbon(CFC) antara puncanya. Bahan pencemar seperti asap, jelaga, habuk, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum yang berpunca daripada ekzos kenderaan dan kilang merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Hal ini kerana, bahan pencemar tersebut semakin berleluasa di persekitaran


Kesan buruk apabila berlakunya pencemaran udara iaitu kesihatan manusia akan terjejas. Hal ini kerana asap dan jelaga menyebabkan masalah kesesakan nafas, karbon monoksida menyebabkan sakit kepala, kerencatan akal dan sebagainya. Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan iklim bumi semakin kritikal, sebagai contoh klorofluorokarbon yang berlebihan menyebabkan penipisan ozon, seterunya, gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid.


Udara yang tercemar boleh mendatangkan penyakit dan ketidakselesaan kepada manusia. Oleh itu, pelbagai langkah boleh dijalankan untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara daripada berlaku. Antaranya ialah menerapkan pendidikan mengenai pencemaran. Sebagai contoh, memberi pendidikan tentang cara mengawal pencemaran udara sejak anak-anak di bangku sekolah lagi agar mereka tahu dengan cara mengawal pencemaran udara tersebut.

Justeru itu, bagi mengurangkan bahan pencemar yang akan dikeluarkan oleh asap kilang, pihak kilang haruslah memasang cerobong untuk menapis asap tersebut sebelum dikeluarkan, manakala bagi kenderaan pula, pengguna digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk mengawal pencemaran udara. Dengan beberapa cara yang dinyatakan, sedikit sebanyak dapat membantu supaya pencemaran udara dapat dikurangkan.

Tuntasnya, kita sebagai masyarakat yang prihatin haruslah bertanggungjawab untuk mengawal dan mencegah pencemaran udara agar kesan buruk tidak berlaku sebelum nasi menjadi bubur.

Tuesday, September 11, 2018

PENCEMARAN TANAH




Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah. Bahan pembuangan tersebut dibahagi kepada dua iaitu cecair dan pepejal. Bahan buangan berbentuk cecair ialah bahan kimia, seperti sisa toksik dan racun. Pembuangan sampah sarap iaitu pepejal yang tidak terkawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah.

Faktor pencemaran tanah
a)     Pengunaan bahan kimia dan baja pertanian
Pelbagai bahan kimia digunakan oleh petani untuk mencapai produktiviti yang tinggi dalam perniagaan pertanian. Sebagai contoh, bahan kimia seperti baja digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman. Selain itu,pertanian moden turut menggunakan racun kulat dan racun perosak untuk menghindari tanaman mereka dirosakkan oleh serangga perosak.

b)    Sisa industri dan perumahan
Sisa yang dihasilkan di kawasan bandar termasuk domestik, sisa perdagangan dan perindustrian sering dibuang di tempat-tempat awam seperti taman, kawasan perkelahan dan di kawasan terbuka di Bandar dan luar Bandar. Bahan yang sering dibuang seperti surat khabar lama,kertas ,perabot kayu ,kaca tin, peralatan lama atau yang telah rosak,tayar,plastic dan lain-lain telah mencemarkan tanah. Hal ini menyebabkan bakteria dan virus membiak pada sisa yang memasuki tanah. Asid toksik juga dikeluarkan dari sampah yang telah luluh ke dalam tanah.





Kesan pencemaran tanah
a)     Hakisan tanah
Apabila pencemaran tanah berlaku, maka hakisan tanah akan terjadi. Hakisan tanah berlaku apabila aktiviti pembajakan, pembersihan dan pengunaan racun atau bahan kimia dilakukan tanpa kawalan. Hal ini disebabkan apabila tiada tumbuhan yang menahan tanah daripada runtuh.


b)    Kuman atau penyakit tersebar
Timbul apabila terdapat sampah-sampah yang dibuang menjadi tempat pembiakan haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat. Apabila haiwan perosak memasuki kawasan yang dipenuhi dengan manusia,maka penyebaran kuman berlaku apabila haiwan perosak seperti lalat hinggap ke atas makanan yang terdedah dan hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit berbahaya akibat virus yang dibawa oleh haiwan perosak tersebut.





Langkah-langkah mengatasi pencemaran tanah
a)     Menanam tumbuh-tumbuhan
Penanaman tumbuh-tumbuhan seperti rumput atau bunga-bunga dapat membantu untuk mencengkam tanah daripada runtuh. Bukan itu sahaja,penanaman tanaman giliran dan tanaman campuran juga dapat meningkatkan kesuburan tanah.

b)    Kitar semula dan pemulihan sisa
Dengan penerapan konsep 3R iaitu reduce,reuse dan recycle, maka sisa buangan seperti plastik,kertas dan tin dapat dikawalkan dan menyebabkan pencemaran tanah dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

c)     Pendedahan melalui media massa,kempen dan melalui pendidikan alam sekitar
Sekiranya kempen kesedaran diadakan seperti kempen cintailah alam sekitar,kempen kitar semula dan sahabat alam,maka peserta akan dilatih dan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan keburukan pencemaran. Bukan itu sahaja, pendedahan media massa juga memainkan peranan yang dominan dalam membentuk cara pemikiran pengguna tentang pencemaran. Selain itu, melalui kaedah pendidikan alam sekitar, maka ia dapat membentuk sikap positif dan kesedaran tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar.


Kesimpulannya, tanah yang merupakan sebahagian daripada permukaan bumi perlu dijaga untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Oleh kerana tanah memberikan sumber yang berguna kepada kelangsungan hidup tumbuhan-tumbuhan dan benda hidup, maka kita sebagai manusia yang prihatin haruslah berganding bahu untuk menjaga tanah yang semakin hari kian dicemarkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia.


SUMBER RUJUKAN;
(http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html)
(http://googlegalaxyscience.com/soil-pollution-sources-causes-effect-control-prevention/?lang=ms)

PENCEMARAN BUNYI

           Dalam usaha mengejar kemajuan negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pembangunan projek sering mengabaikan unsur alam sekitar. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai pencemaran telah berlaku, antara pencemaran tersebut ialah pencemaran bunyi.



           Pencemaran bunyi ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki yang menyebabkan gangguan. Pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif di mana seseorang itu boleh menganggap bunyi itu kurang menyenangkan manakala bagi orang lain adalah sebaliknya. Oleh itu, pencemaran bunyi berlaku bergantung kepada kuantiti bunyi, kualiti bunyi dan sikap penerimaan bunyi tersebut. 
  



           Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah daripada pembangunan kawasan industri yang mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera dan kenderaan. Aktiviti pembuatan akan membuat manusia berasa selesa, kurang rehat dan merasa terganggu. Selain itu, pencemaran bunyi berlaku kerana aktiviti kuari yang menghasilkan bunyi yang kuat daripada pemecahan batu batu.
          Terdapat pelbagai kesan pencemaran bunyi terhadap manusia antaranya ialah kesan kardiovaksular. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan statistik terhadap tekanan darah dan peningkatan kejadian arteri koronari. Selain itu, pencemaran bunyi boleh menyebabkan manusia menjadi kurang produktif. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi semakin berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran seseorang. 
            Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ialah masyarakat haruslah di dedahkan dengan media massa misalnya menyiarkan isu berkaitan alam sekitar agar masyarakat peka terhadap alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, kerajaan boleh mengadakan pameran, pertandingan dan kempen alam sekitar. Kerajaan perlu mempamerkan risalah berkaitan pencemaran bunyi bagi menyedarkan serta mengajar masyarakat melindungi alam sekitar. Pertandingan kuiz juga dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat bahawa pentingnya menjaga alam sekitar. 







            Kesimpulannya, kita sebagai penginap di bumi ini adalah tanggungjawab kita untuk memelihara keselamatan persekitaran kita dengan sebaik-baiknya. Segala tindakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar akan secara tidak langsung memberi kesan terhadap hidupan-hidupan lain. Justeru itu, kita hendaklah mempunyai kesedaran dalam diri tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia dan hidupan lain serta cuba mengurangkan masalah pencemaran dibumi ini tidak kira pencemaran air, udara, darat atau nuklear. 


Monday, September 10, 2018

KESIMPULAN





Secara kesimpulan, masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada kita sendiri. Kita haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Melalui mengenali punca-punca pencemaran kita dapat mengambil langkah-langkah pembetulan dan mengelak daripada terlibat dalam golongan yang merosakkan alam sekitar.



Ia penting  demi  memastikan  kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang  semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna. Apabila alam sekitar kita bersih dan bebas daripada segala pencemaran, ia akan menjaminkan generasi yang akan datang keindahan alam semula jadi yang boleh mereka nikmati bersama.



PENGHARGAAN




Terlebih dahulu, syukur kepada Tuhan kerana dengan keberkatanNya,blog ini dapat disiapkan dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan.kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Dzatiah Binti Mohamad selaku pensyarah untuk subjek Pengajian Malaysia yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan blog ini.

Bukan itu sahaja, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak atas kemudahan yang telah disediakan kepada kami seperti kemudahan Wifi bagi memudahkan kami menyiapkan blog dan kemudahan pusat sumber untuk mendapatkan sumber rujukan yang berkaitan dengan tugas yang diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus dan memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang tempoh menyiapkan blog ini.

Akhir sekali, kami juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sudi memberi sumbangan idea dan dorongan sepanjang kami menyiapkan blog ini.

Sunday, September 9, 2018

PENGENALAN AHLI KUMPULAN


TAJUK E-FOLIO: ALAM SEKITAR

KOD DAN NAMA KURSUS: DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA

JABATAN: JABATAN PERDAGANGAN

PROGRAM: DIPLOMA AKAUNTASI

SEKSYEN: DAT1A

NAMA PENSYARAH: PUAN DZATIAH BINTI MOHAMAD

POLITEKNIK: POLITEKNIK KUCHING SARAWAK






  Ahli Kumpulan:
1.ELKA DUNGAN ANAK UNDI 05DAT18F1019
2.LING MEE PING 05DAT18F1055
3.ELVIRA LAI NEAN ZEE 05DAT18F1039
4.FRACESCIA SANDIE ANAK DUDA 05DAT18F1068
5.WATSON PERRU ANAK CHALING 05DAT18F1003

PENDAHULUAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di ...