Tuesday, September 11, 2018

PENCEMARAN BUNYI

           Dalam usaha mengejar kemajuan negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pembangunan projek sering mengabaikan unsur alam sekitar. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai pencemaran telah berlaku, antara pencemaran tersebut ialah pencemaran bunyi.



           Pencemaran bunyi ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki yang menyebabkan gangguan. Pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif di mana seseorang itu boleh menganggap bunyi itu kurang menyenangkan manakala bagi orang lain adalah sebaliknya. Oleh itu, pencemaran bunyi berlaku bergantung kepada kuantiti bunyi, kualiti bunyi dan sikap penerimaan bunyi tersebut. 
  



           Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah daripada pembangunan kawasan industri yang mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera dan kenderaan. Aktiviti pembuatan akan membuat manusia berasa selesa, kurang rehat dan merasa terganggu. Selain itu, pencemaran bunyi berlaku kerana aktiviti kuari yang menghasilkan bunyi yang kuat daripada pemecahan batu batu.
          Terdapat pelbagai kesan pencemaran bunyi terhadap manusia antaranya ialah kesan kardiovaksular. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan statistik terhadap tekanan darah dan peningkatan kejadian arteri koronari. Selain itu, pencemaran bunyi boleh menyebabkan manusia menjadi kurang produktif. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi semakin berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran seseorang. 
            Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ialah masyarakat haruslah di dedahkan dengan media massa misalnya menyiarkan isu berkaitan alam sekitar agar masyarakat peka terhadap alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, kerajaan boleh mengadakan pameran, pertandingan dan kempen alam sekitar. Kerajaan perlu mempamerkan risalah berkaitan pencemaran bunyi bagi menyedarkan serta mengajar masyarakat melindungi alam sekitar. Pertandingan kuiz juga dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat bahawa pentingnya menjaga alam sekitar. 







            Kesimpulannya, kita sebagai penginap di bumi ini adalah tanggungjawab kita untuk memelihara keselamatan persekitaran kita dengan sebaik-baiknya. Segala tindakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar akan secara tidak langsung memberi kesan terhadap hidupan-hidupan lain. Justeru itu, kita hendaklah mempunyai kesedaran dalam diri tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia dan hidupan lain serta cuba mengurangkan masalah pencemaran dibumi ini tidak kira pencemaran air, udara, darat atau nuklear. 


No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di ...