Tuesday, September 11, 2018

PENCEMARAN TANAH




Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah. Bahan pembuangan tersebut dibahagi kepada dua iaitu cecair dan pepejal. Bahan buangan berbentuk cecair ialah bahan kimia, seperti sisa toksik dan racun. Pembuangan sampah sarap iaitu pepejal yang tidak terkawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah.

Faktor pencemaran tanah
a)     Pengunaan bahan kimia dan baja pertanian
Pelbagai bahan kimia digunakan oleh petani untuk mencapai produktiviti yang tinggi dalam perniagaan pertanian. Sebagai contoh, bahan kimia seperti baja digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman. Selain itu,pertanian moden turut menggunakan racun kulat dan racun perosak untuk menghindari tanaman mereka dirosakkan oleh serangga perosak.

b)    Sisa industri dan perumahan
Sisa yang dihasilkan di kawasan bandar termasuk domestik, sisa perdagangan dan perindustrian sering dibuang di tempat-tempat awam seperti taman, kawasan perkelahan dan di kawasan terbuka di Bandar dan luar Bandar. Bahan yang sering dibuang seperti surat khabar lama,kertas ,perabot kayu ,kaca tin, peralatan lama atau yang telah rosak,tayar,plastic dan lain-lain telah mencemarkan tanah. Hal ini menyebabkan bakteria dan virus membiak pada sisa yang memasuki tanah. Asid toksik juga dikeluarkan dari sampah yang telah luluh ke dalam tanah.





Kesan pencemaran tanah
a)     Hakisan tanah
Apabila pencemaran tanah berlaku, maka hakisan tanah akan terjadi. Hakisan tanah berlaku apabila aktiviti pembajakan, pembersihan dan pengunaan racun atau bahan kimia dilakukan tanpa kawalan. Hal ini disebabkan apabila tiada tumbuhan yang menahan tanah daripada runtuh.


b)    Kuman atau penyakit tersebar
Timbul apabila terdapat sampah-sampah yang dibuang menjadi tempat pembiakan haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat. Apabila haiwan perosak memasuki kawasan yang dipenuhi dengan manusia,maka penyebaran kuman berlaku apabila haiwan perosak seperti lalat hinggap ke atas makanan yang terdedah dan hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit berbahaya akibat virus yang dibawa oleh haiwan perosak tersebut.





Langkah-langkah mengatasi pencemaran tanah
a)     Menanam tumbuh-tumbuhan
Penanaman tumbuh-tumbuhan seperti rumput atau bunga-bunga dapat membantu untuk mencengkam tanah daripada runtuh. Bukan itu sahaja,penanaman tanaman giliran dan tanaman campuran juga dapat meningkatkan kesuburan tanah.

b)    Kitar semula dan pemulihan sisa
Dengan penerapan konsep 3R iaitu reduce,reuse dan recycle, maka sisa buangan seperti plastik,kertas dan tin dapat dikawalkan dan menyebabkan pencemaran tanah dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

c)     Pendedahan melalui media massa,kempen dan melalui pendidikan alam sekitar
Sekiranya kempen kesedaran diadakan seperti kempen cintailah alam sekitar,kempen kitar semula dan sahabat alam,maka peserta akan dilatih dan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan keburukan pencemaran. Bukan itu sahaja, pendedahan media massa juga memainkan peranan yang dominan dalam membentuk cara pemikiran pengguna tentang pencemaran. Selain itu, melalui kaedah pendidikan alam sekitar, maka ia dapat membentuk sikap positif dan kesedaran tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar.


Kesimpulannya, tanah yang merupakan sebahagian daripada permukaan bumi perlu dijaga untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Oleh kerana tanah memberikan sumber yang berguna kepada kelangsungan hidup tumbuhan-tumbuhan dan benda hidup, maka kita sebagai manusia yang prihatin haruslah berganding bahu untuk menjaga tanah yang semakin hari kian dicemarkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia.


SUMBER RUJUKAN;
(http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html)
(http://googlegalaxyscience.com/soil-pollution-sources-causes-effect-control-prevention/?lang=ms)

No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di ...