Thursday, September 13, 2018

PENCEMARAN AIR

       

              Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global . Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian , perikanan , perindustrian dan sebagainya . Namun , air semakin hari semakin tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak . Hal ini telah memberi kesan negatif kepada alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air . Masalah yang berlaku ini semakin menggugat kesihatan manusia , sumber-sumber ekonomi dan seterusnya kemandian bumi .
              Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari kandungan , keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan . Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi , kimia dan fizik . Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas , cecair dan pepejal . Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair . Oleh itu , pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia . Contohnya , pembuangan air kumbahan , sisa-sisa toksik , pembuangan sampah dan sebagainya .
              Punca utama kepada berlakunya pencemaran air ialah pembuangan bahan domestik . Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai . Bahan kumbahan pula disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya . Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air . Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik .




              Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum , memasak , membasuh dan lain-lain lagi . Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis , poridium , cirit-birit , cacing dan sebagainya . Sementara itu , tumpahan minyak berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut . Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Hidupan laut seperti ikan , ketam , udang , siput akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan toksik yang telah mengakibatkan pencemaran air . Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut . 

              Langkah-langkah untuk mengatasinya adalah dengan melakukan penyelenggaran sistem perparitan berkala . Penyelenggaran tersebut dilakukan untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat . Dengan cara ini , maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai . Di samping itu , media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui akhbar , televisyen dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan ini diharap dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar . 
               Konklusinya , sebagai makhluk Tuhan yang dikurniakan akal fikiran , kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar berlaku . 
               

No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di ...