Wednesday, September 12, 2018

PENCEMARAN UDARA


        
Pencemaran udara adalah sejenis pencemaran alam sekitar. Ia juga merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemaran dalam udara. Keadaan ini boleh menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila dibebaskan ke atmosfera



Bahan pencemar udara berasal daripada pelbagai punca. Punca bahan pencemar habuk dan debu iaitu daripada tapak pembinaan dan kuari batu kapur. Selain itu, alat pendingin udara, peti sejuk, semburan aerosol dan kilang elektronik yang mengeluarkan bahan pencemar udara iaitu klorofluorokarbon(CFC) antara puncanya. Bahan pencemar seperti asap, jelaga, habuk, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum yang berpunca daripada ekzos kenderaan dan kilang merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Hal ini kerana, bahan pencemar tersebut semakin berleluasa di persekitaran


Kesan buruk apabila berlakunya pencemaran udara iaitu kesihatan manusia akan terjejas. Hal ini kerana asap dan jelaga menyebabkan masalah kesesakan nafas, karbon monoksida menyebabkan sakit kepala, kerencatan akal dan sebagainya. Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan iklim bumi semakin kritikal, sebagai contoh klorofluorokarbon yang berlebihan menyebabkan penipisan ozon, seterunya, gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid.


Udara yang tercemar boleh mendatangkan penyakit dan ketidakselesaan kepada manusia. Oleh itu, pelbagai langkah boleh dijalankan untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara daripada berlaku. Antaranya ialah menerapkan pendidikan mengenai pencemaran. Sebagai contoh, memberi pendidikan tentang cara mengawal pencemaran udara sejak anak-anak di bangku sekolah lagi agar mereka tahu dengan cara mengawal pencemaran udara tersebut.

Justeru itu, bagi mengurangkan bahan pencemar yang akan dikeluarkan oleh asap kilang, pihak kilang haruslah memasang cerobong untuk menapis asap tersebut sebelum dikeluarkan, manakala bagi kenderaan pula, pengguna digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk mengawal pencemaran udara. Dengan beberapa cara yang dinyatakan, sedikit sebanyak dapat membantu supaya pencemaran udara dapat dikurangkan.

Tuntasnya, kita sebagai masyarakat yang prihatin haruslah bertanggungjawab untuk mengawal dan mencegah pencemaran udara agar kesan buruk tidak berlaku sebelum nasi menjadi bubur.

No comments:

Post a Comment

PENDAHULUAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di ...