Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau
pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran
warna,hakisan dan kesuburan tanah. Bahan pembuangan tersebut dibahagi kepada
dua iaitu cecair dan pepejal. Bahan buangan berbentuk cecair ialah bahan kimia,
seperti sisa toksik dan racun. Pembuangan sampah sarap iaitu pepejal yang tidak
terkawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah.
Faktor pencemaran tanah
a) Pengunaan bahan kimia dan baja pertanian
Pelbagai
bahan kimia digunakan oleh petani untuk mencapai produktiviti yang tinggi dalam
perniagaan pertanian. Sebagai contoh, bahan kimia seperti baja digunakan untuk
meningkatkan hasil tanaman. Selain itu,pertanian moden turut menggunakan racun
kulat dan racun perosak untuk menghindari tanaman mereka dirosakkan oleh
serangga perosak.
b) Sisa industri dan perumahan
Sisa yang
dihasilkan di kawasan bandar termasuk domestik, sisa perdagangan dan
perindustrian sering dibuang di tempat-tempat awam seperti taman, kawasan
perkelahan dan di kawasan terbuka di Bandar dan luar Bandar. Bahan yang sering
dibuang seperti surat khabar lama,kertas ,perabot kayu ,kaca tin, peralatan
lama atau yang telah rosak,tayar,plastic dan lain-lain telah mencemarkan tanah.
Hal ini menyebabkan bakteria dan virus membiak pada sisa yang memasuki tanah.
Asid toksik juga dikeluarkan dari sampah yang telah luluh ke dalam tanah.
Kesan pencemaran tanah
a) Hakisan tanah
Apabila
pencemaran tanah berlaku, maka hakisan tanah akan terjadi. Hakisan tanah
berlaku apabila aktiviti pembajakan, pembersihan dan pengunaan racun atau bahan
kimia dilakukan tanpa kawalan. Hal ini disebabkan apabila tiada tumbuhan yang
menahan tanah daripada runtuh.
b) Kuman atau penyakit tersebar
Timbul
apabila terdapat sampah-sampah yang dibuang menjadi tempat pembiakan
haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat. Apabila haiwan perosak
memasuki kawasan yang dipenuhi dengan manusia,maka penyebaran kuman berlaku
apabila haiwan perosak seperti lalat hinggap ke atas makanan yang terdedah dan
hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit berbahaya akibat virus
yang dibawa oleh haiwan perosak tersebut.
Langkah-langkah mengatasi
pencemaran tanah
a) Menanam tumbuh-tumbuhan
Penanaman tumbuh-tumbuhan seperti rumput atau
bunga-bunga dapat membantu untuk mencengkam tanah daripada runtuh. Bukan itu
sahaja,penanaman tanaman giliran dan tanaman campuran juga dapat meningkatkan
kesuburan tanah.
b) Kitar semula dan pemulihan sisa
Dengan penerapan konsep 3R iaitu reduce,reuse
dan recycle, maka sisa buangan seperti plastik,kertas dan tin dapat dikawalkan
dan menyebabkan pencemaran tanah dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
c) Pendedahan melalui media massa,kempen dan
melalui pendidikan alam sekitar
Sekiranya kempen kesedaran diadakan seperti
kempen cintailah alam sekitar,kempen kitar semula dan sahabat alam,maka peserta
akan dilatih dan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan keburukan
pencemaran. Bukan itu sahaja, pendedahan media massa juga memainkan peranan
yang dominan dalam membentuk cara pemikiran pengguna tentang pencemaran. Selain
itu, melalui kaedah pendidikan alam sekitar, maka ia dapat membentuk sikap
positif dan kesedaran tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar.
Kesimpulannya, tanah yang merupakan sebahagian daripada permukaan bumi perlu dijaga untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Oleh kerana tanah memberikan sumber yang berguna kepada kelangsungan hidup tumbuhan-tumbuhan dan benda hidup, maka kita sebagai manusia yang prihatin haruslah berganding bahu untuk menjaga tanah yang semakin hari kian dicemarkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia.
SUMBER RUJUKAN;
(http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html)
(http://googlegalaxyscience.com/soil-pollution-sources-causes-effect-control-prevention/?lang=ms)